PROPERTY & PROBATE LAWYER KUALA LUMPUR (KL) & SELANGOR, MALAYSIA: TAM YUEN HUNG & CO.

Professional & Affordable Property and Probate Lawyer in Kuala Lumpur & Selangor, Malaysia. Contact Our Property And Probate Lawyers Today At 011-2644 4268 for free Legal consultation now.

Pindahmilik Hartanah dan Prosedur Conveyancing Oleh Peguam Hartanah di Malaysia

Pindahmilik Hartanah dan Prosedur Conveyancing Oleh Peguam Hartanah di Malaysia TYH & Co. Peguam Hartanah KL Selangor Malaysia

Pindahmilik Hartanah dan Prosedur Conveyancing Oleh Peguam Hartanah di Malaysia

Pindahmilik hartanah dan prosedur conveyancing oleh peguam hartanah di Malaysia merupakan proses undang-undang yang panjang dan rumit. Oleh itu, untuk memastikan keseluruhan proses jualan dan pembelian hartanah anda bebas tekanan dan risiko semaksimum yang mungkin, adalah dinasihati supaya setiap pembeli atau penjual untuk melantik seorang peguam yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mewakilinya.

Berikutnya adalah panduan asas untuk proses ‘conveyancing’ dan pindahmilik harta tanah di Malaysia untuk membantu anda memahami apa yang perlu dilakukan oleh peguam hartanah anda.

1. Temu ramah dan / Perbincangan dengan Anak guaman

 

·         Setiap Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) adalah berbeza untuk setiap hartanah dan juga pihak-pihak yang terlibat, dan tiada satu-satu format yang ‘standard’. Oleh itu, peguam perlu berbincang dengan anak guaman dahulu untuk memahami situasi tersebut.

 

·         Peguam akan meminta segala dokumen dan maklumat yang berkaitan daripada anak guaman.

 

·         Peguam akan membuat permintaan daripada peguam bagi pihak lain (Penjual/Pembeli) untuk semua dokumen dan maklumat yang berkaitan.

 

·         Memberikan nasihat yang sesuai dan terbaik kepada anak guaman.

 

2. Mendraf dan menyediakan Perjanjian Jual Beli serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan ·         Melakukan segala carian yang berkaitan dan diperlukan, seperti carian tanah, carian status kebankrapan dan/atau penggulungan.

 

·         Draf Perjanjian Jual Beli akan dikemukakan kepada anak guaman dan peguam pihak lain supaya mendapatkan kelulusan dan persetujuan kedua-dua pihak (Penjual dan Pembeli).

 

·         Selain daripada Perjanjian Jual Beli, semua pihak harus menandatangani dan menyempurnakan beberapa dokumen yang berkaitan, seperti suratcara pemindahan (Memorandum of Transfer) atau Surat Ikatan Penyerahan Hak (Deed of Assignment), permohonan Kebenaran Pindahmilik daripada pejabat tanah berkenaan, surat akuan bersumpah, borang Cukai Keuntungan Harta Tanah dan lain-lain.

 

3. Menandatangani Perjanjian Jual Beli ·         Selepas draf Perjanjian Jual Beli diluluskan oleh kedua-dua pihak, pihak-pihak akan menandatangani Perjanjian Jual Beli di hadapan peguam masing-masing sebagai saksi.

 

·         Biasanya, Pembeli akan menandatangani Perjanjian Jual Beli terlebih dahulu.

 

·         Selepas itu, Perjanjian Jual Beli dan dokumen-dokumen lain serta deposit rumah akan disampaikan kepada peguam Penjual untuk ditandangani oleh Penjual.

 

·         Deposit akan diberikan kepada Penjual setelah Perjanjian Jual Beli disempurnakan oleh Penjual.

 

4. Selepas menandatangani Perjanjian Jual Beli ·         Peguam Penjual akan mengembalikan Perjanjian Jual Beli dan dokumen-dokumen yang telah ditandatangani oleh Penjual kepada peguam Pembeli. Selepas itu, Perjanjian Jual Beli akan diletakkan satu tarikh dan dihantar untuk disetemkan oleh LHDN.

 

·         Biasanya tempoh masa untuk Perjanjian Jual Beli akan bermula dari tarikh Perjanjian Jual Beli, dan proses jual beli mesti dilengkapkan dalam jangka masa yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli. Kebanyakan Perjanjian Jual Beli mengandungi terma-terma bahawa proses jual beli akan diselesaikan dalam masa 3 bulan dengan 1 bulan tambahan yang tertakluk kepada faedah pembayaran lewat sebanyak 8%.

 

·         Jikalau hartanah ataupun proses jual beli tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, maka tempoh masa Perjanjian Jual Beli hanya akan bermula setelah syarat tersebut dipenuhi tanpa mengambil kira tarikh Perjanjian Jual Beli, contohnya setelah kebenaran Pemaju ataupun kebenaran pejabat tanah diperolehi. Perjanjian Jual Beli sebegini akan memakan masa yang lebih lama untuk disiapkan.

 

·         Dalam tempoh 3 bulan Perjanjian Jual Beli tersebut, peguam kedua-dua pihak akan melaksanakan tugas dan/atau kewajipan masing-masing di bawah Perjanjian Jual Beli untuk memastikan proses jual beli dijalankan dengan lancar.

 

5. Penebusan harta dari bank Penjual ·         Penjual bertanggungjawab untuk mendapatkan satu Penyata Penebusan Hartanah (Redemption Statement) daripada banknya untuk diberikan kepada peguam Pembeli atau peguam bank Pembeli. Sebarang kelewatan (delay) yang tidak munasabah untuk mendapatkan Penyata Penebusan akan dikecualikan dalam pengiraan tempoh 3 bulan Perjanjian Jual Beli.

 

·         Biasanya jumlah penebusan (redemption sum) akan dibayar kepada bank Penjual dengan menggunakan baki harga belian hartanah (balance puchase price) daripada Pembeli.

 

·         Setelah menjelaskan jumlah penebusan, bank Penjual akan mengembalikan semua dokumen pinjaman, seperti surat ikatan (Title deed) asal Hartanah atau Perjanjian Jual Beli yang asal.

 

6. Meletakkan tarikh dan menyetemkan suratcara pemindahan (Memorandum of Transfer) atau Surat Ikatan Penyerahan Hak (Deed of Assignment) ·         Berhati-hati bahawa suratcara pemindahan atau Surat Ikatan Penyerahan Hak mesti bertarikh selepas hartanah tersebut telah ditebus daripada bank Penjual.

 

·         Proses penyeteman suratcara pemindahan atau Surat Ikatan Penyerahan Hak di pejabat duti setem (LHDN) mungkin mengambil masa yang lama.

 

7. Perserahan di pejabat tanah ·         Sebelum perserahan di pejabat tanah, peguam Pembeli akan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan memastikan semua borang yang berkaitan adalah betul seperti mana yang ditetapkan oleh pejabat tanah.

 

8. Penyelesaian ·         Perjanjian Jual Beli disempurnakan setelah harga pembelian penuh hartanah telah dijelaskan kepada Penjual ataupun peguam Penjual (sekiranya Penjual diwakili oleh peguam).

 

·         Serahan milikan kosong (vacant possession) hendaklah dibuat serentak dengan pembayaran harga pembelian penuh ataupun secepat mungkin selepas pembayaran tersebut.

 

9. Perkara-perkara selepas penyelesaian ·         Memungut suratan hakmilik (Title deed) asal daripada pejabat tanah.

 

·         Penjual dan pembeli harus memberitahu pihak berkuasa tempatan tentang pertukaran pemilikan hartanah tersebut. Kegagalan untuk berbuat demikian adalah salah di sisi undang-undang.

 

Dapatkan Sebut Harga Dan Konsultasi Percuma Daripada Peguam Hartanah Kami Di TYH & Co. Sekarang

Peguam hartanah kami akan menghantar sebut harga dan info-info berkenaan dengan pindahmilik ataupun pembelian hartanah dan kos-kos yang berkenaan di Malaysia kepada anda dalam 2 jam waktu bekerja secara percuma.
Peguam hartanah kami akan mengirakan kos-kos berkenaan termasuk duti setem yang perlu dibayar untuk transaksi pindahmilik hartanah di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp our Property and Probate Lawyer now!