PROPERTY & PROBATE LAWYER KUALA LUMPUR (KL) & SELANGOR, MALAYSIA: TAM YUEN HUNG & CO.

Professional & Affordable Property and Probate Lawyer in Kuala Lumpur & Selangor, Malaysia. Contact Our Property And Probate Lawyers Today At 011-2644 4268 for free Legal consultation now.

Pelantikan Peguam Hartanah Untuk Pindahmilik Ataupun Pembelian Hartanah Dan Kos-Kos Yang Berkenaan Di Malaysia

Pelantikan Peguam Hartanah Untuk Pindahmilik ataupun Pembelian Hartanah

Pelantikan Peguam Hartanah Untuk Pindahmilik Ataupun Pembelian Hartanah Dan Kos-Kos Yang Berkenaan Di Malaysia

Secara amnya, terdapat dua (2) jenis jual beli hartanah di Malaysia.

Jenis yang pertamanya adalah pembelian daripada pihak pemaju. Urusan jual beli untuk rumah kediaman tertakluk kepada Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (“HDA”), dan perjanjian jual beli (SPA) yang berkenaan disediakan dalam bentuk seperti yang ditetapkan di bawah Jadual G (untuk bahagian tanah yang dipecah bahagi) ataupun Jadual H (untuk bangunan yang dipecah bahagi dalam bentuk petak ataupun hartanah dengan hakmilik strata) di bawah HDA.

Terma dan syarat yang penting dalam SPA sebegini termasuk tempoh untuk serahan milikan kosong (Vacant Possession), tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period), jadual pembayaran (schedule of payment), penalti bayaran lewat dan penyerahan lewat (late payment and late delivery charges), dan kadar pelarasan (rate of adjustment) terhadap harga belian hartanah sekiranya kawasan hartanah tersebut adalah berbeza daripada kawasan yang dinyatakan dalam SPA. Namun demikian, HDA tidak melindungi pembangunan bukan kediaman. Pihak pemaju dan pembeli untuk hartanah komersil tertakluk kepada dokumen-dokumen komersil seperti kontrak antara kedua-dua pihak terssebut.

Selain itu, jenis yang kedua merupakan pembelian daripada orang perseorangan, iaitu pemilik rumah, dan ini juga dikenali sebagai “sub-sale”. Transaksi tersebut boleh disempurnakan melalui cara pindahmilik (by way of transfer) di mana hakmilik individu (individual title) ataupun hakmilik strata (strata title) sudah dikeluarkan. Sebaliknya, dalam keadaan di mana hakmilik individu ataupun hakmilik strata belum dikeluarkan, contohnya hartanah yang masih mempunyai hakmilik induk (master title), Surat Ikatan Penyerahan Hak (Deed of Assignment) akan digunakan sebagai pegangan hartanah.

Secara ringkasnya, transaksi “sub-sale” biasanya merangkumi langkah-langkah berikut:

  1. bayaran deposit;
  2. menandatangani SPA, dokumen-dokumen sah yang berkenaan dan dokumen-dokumen pinjaman/sekuriti (sekiranya pembeli telah membuat pinjaman bank);
  3. sejumlah tahanan (retention) daripada harga jualan untuk Cukai Keuntungan Harta Tanah (jika berkenaan);
  4. bayaran jumlah penebusan (redemption sum) kepada bank penjual;
  5. pihak-pihak yang terlibat menandatangani surat akujanji (letter of undertaking) dan permohonan kebenaran (jika berkenaan);
  6. bayaran baki harga belian dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penjanjian jual belia atau tarikh lain yang berkenaan dan serahan milikan kosong/serahan kunci.

Proses jual beli hartanah di Malaysia melibatkan pelbagai urusan yang rumit dan juga terikat kepada undang-undang tertentu. Oleh itu, adalah lebih baik untuk melantikkan peguam hartanah untuk mengendalikan urusan jual beli hartanah supaya segala transaksi dapat dijalankan dengan lancar dan sah di sisi undang-undang. Sehubungan dengan itu, peguam-peguam hartanah dikehendaki mematuhi Perintah Saraan Peguam Cara untuk urusan-urusan hartanah dan bank.

Dapatkan Sebut Harga Dan Konsultasi Percuma Daripada Peguam Hartanah Kami Di TYH & Co. Sekarang

Peguam hartanah kami akan menghantar sebut harga dan info-info berkenaan dengan pindahmilik ataupun pembelian hartanah dan kos-kos yang berkenaan di Malaysia kepada anda dalam 2 jam waktu bekerja secara percuma.
Peguam hartanah kami akan mengirakan kos-kos berkenaan termasuk duti setem yang perlu dibayar untuk transaksi pindahmilik hartanah di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp our Property and Probate Lawyer now!