PROPERTY & PROBATE LAWYER MALAYSIA: TAM YUEN HUNG & CO.

Professional & Affordable Property and Probate Lawyer in Kuala Lumpur & Selangor, Malaysia. Contact Our Property And Probate Lawyers Today At 011-2644 4268 for free Legal consultation now.

Terma-Terma Penting Yang Perlu Dinyatakan Di Dalam Perjanjian Jual Beli Di Malaysia Oleh Peguam Hartanah Anda

Terma-Terma Penting Yang Perlu Dinyatakan Di Dalam Perjanjian Jual Beli Di Malaysia Oleh Peguam Hartanah Anda by TYH & Co. Best and Affordable Conveyancing and Property Lawyer in KL Selangor Malaysia

Terma-Terma Penting Yang Perlu Dinyatakan Di Dalam Perjanjian Jual Beli Di Malaysia Oleh Peguam Hartanah Anda

Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) adalah satu kontrak yang sah yang dipersetujui di antara penjual dan pembeli yang merangkumi terma-terma yang terperinci mengenai pembelian hartanah di Malaysia. Peguam hartanah kami akan menjelaskan terma-terma penting yang perlu dinyatakan di dalam perjanjian jual beli di Malaysia oleh peguam hartanah anda.

Terma-terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dengan kerelaan bebas akan dimasukkan dalam Perjanjian Jual Beli dan selepas itu, ia adalah terma-terma yang sah dan berkuatkuasa di bawah sisi undang-undang.

Oleh itu, proses perundingan diantara kedua-dua pihak akan mengambil tempoh masa yang agak panjang untuk menentukan terma-terma yang akan dimasuki kedalam perjanjian jual beli hartanah.

Setiap transaksi hartanah adalah berbeza antara satu sama lain dan bukannya semua Perjanjian Jual Beli adalah sama. Didalam suatu Perjanjian Jual Beli, maklumat- maklumat yang perlu adalah seperti berikut:-

1. Maklumat asas penjual

Nama penuh, alamat dan nombor kad pengenalan/nombor pasport penjual.

2. Maklumat asas pembeli

Nama penuh, alamat dan nombor kad penegenalan/nombor pasport pembeli.

3. Maklumat terperinci mengenai hartanah

  • Maklumat hartanah seperti alamat pos dan butiran hakmilik yang menunjukkan meter persegi keluasan unit.
  • Perkara yang harus mengenalpasti sebelum perjanjian jual beli disediakan adalah seperti jenis hakmilik rumah tersebut, seperti adakah hartanah tersebut pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (99 tahun) (leasehold).
  • Maklumat tentang pembiayaan perumahan bank yang digunakan oleh penjual apabila membeli hartanah tersebut, sekiranya hartanah tersebut masih dalam gadaian.

4. Harga belian hartanah dan cara pembayaran

  • Secara ringkasan, pembeli perlu menyediakan bayaran pendahuluan sebanyak 10% sebagai deposit semasa perjanjian jual beli ditandatangani.
  • Selepas itu, Bank pembeli akan membayar baki harga belian hartanah tersebut, iaitu 90% dalam tempoh masa 3 bulan bermula dari tarikh surat perjanjian jual beli.

5. Terma-terma jualan hartanah yang perlu dipatuhi (Condition Precedent)

  • Ia adalah syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dahulu sebelum tempoh masa 3 bulan yang ditetapkan didalam perjanjian jual beli tersebut boleh mula berjalan.
  • Ini adalah paling penting kerana ketidakpatuhan terma-terma tersebut dalam tempoh masa yang telah ditetapkan akan mempengaruhi atau membatalkan perjanjian tersebut secara langsung.

6. Kewajipan dan tanggungjawab kedua-dua pihak di bawah Perjanjian Jual Beli

  • Penjual harus membantu bank atau institusi kewangan Pembeli yang akan mengeluarkan amaun pembiayaan perumahan hingga tahap akhir transaksi jual beli hartanah.
  • Pembeli harus memastikan bank atau institusi kewangannya untuk membayar baki harga belian Hartanah kepada penjual dalam tempoh masa 3 bulan supaya kadar bunga sebanyak 8% tidak akan dikenakan kepadanya.

7. Fitting & Fixtures

Sekiranya terdapat persetujuan telah dilakukan mengenai Fitting & Fixtures didalam hartanah tersebut, ia adalah perlu dimasuki kedalam Perjanjian Jual Beli supaya dapat mengelakkan pertikaian pada masa kelak.

8. Pemilikan kosong atau Pemilikan sah (Vacant possession or Legal possession)

Serahan Pemilikan kosong atau Pemilikan sah akan bergantung pada bila baki penuh harga belian dibayar oleh pembeli atau bank pembeli.

9. Terma- terma lain mengenai situasi-situasi apabila perjanjian jual beli tersebut tidak dapat diselesaikan atau disiapkan.

Dapatkan Sebut Harga Dan Konsultasi Percuma Daripada Peguam Hartanah Kami Di TYH & Co. Sekarang

Peguam hartanah kami akan menghantar sebut harga dan info-info berkenaan dengan pindahmilik ataupun pembelian hartanah dan kos-kos yang berkenaan di Malaysia kepada anda dalam 2 jam waktu bekerja secara percuma.
Peguam hartanah kami akan mengirakan kos-kos berkenaan termasuk duti setem yang perlu dibayar untuk transaksi pindahmilik hartanah di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WhatsApp our Property and Probate Lawyer now!